Monday, July 30, 2012

Seminar Kecemerlangan Matematik Tambahan SMK Ayer Lanas 2012





Rabu, 18 Julai 2012. Alhamdulillah, satu majlis perkongsian ilmu bersama pelajar SMK Ayer Lanas, Jeli, Kelantan berjaya dilaksanakan atas keizinan dari Nya. Seterusnya jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah di atas jemputan saya sebagai penceramah dalam majlis tersebut bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar mereka. Peserta majlis ini turut dihadiri oleh pelajar tingkatan 4 selain daripada calon SPM 2012. Insya Allah kejayaan bakal menjadi milik anda nanti.

Saturday, July 14, 2012

Seminar Teknik Menjawab Maahad Amir Indra Petra, Bachok 2012





14 Julai 2012. Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah di atas jemputan saya sebagai penceramah bagi Majlis Perkongsian Ilmu bersama pelajar Maahad Amir Indra Petra, Bachok, Kelantan. Tahniah kepada guru matematik tambahan kerana hampir selesai silibus untuk memantapkan pelajarnya. Kehebatan pelajar pula teserlah semasa bengkel selama hampir 3 jam bermula jam 8.45 pg. Insya Allah saya doakan kejayaan untuk calon SPM 2012 Maahad Amir Indra Petra.
Seminar Teknik Menjawab Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas 2012



7 Julai 2012 . Majlis perkongsian ilmu bersama pelajar dan calon SPM 2012 dari MTS Nurul Aman Kok Lanas. Program ini mengambil masa selama 3 jam dari 8.30 pg - 11.30 pg. Walaupun agak lama berkat kesungguhan pelajar membuahkan hasil yang baik di mana dua tajuk dapat dibincangkan dari asas hingga bentuk soalan SPM. Tahniah kepada warga MTS Nurul Aman.