Wednesday, October 12, 2011

Seminar Pecutan Mat. Tamb. PPD Machang







12 Oktober, Tahniah kepada semua wakil pelajar dari setiap sekolah menengah daerah Machang yang terpilih untuk menyertai Seminar Pecutan Mat. Tamb. Program ini adalah anjuran PPD Machang bersama Majlis Guru Cemerlang daerah. Kerjasama yang mantap sebegini amat diperlukan dari masa ke semasa untuk melonjakkan prestasi SPM daerah Machang pada tahun 2011. Kepada peserta yang berminat untuk mengikuti Kem "Final Touch Add Math" sebelum SPM kertas Mat. Tamb. sila hubingi saya melalui email atau FB saya

Tuesday, September 13, 2011

Seminar Kecemerlangan Maahad Saniah, Pasir Puteh, Kelantan

13 Sept 2011 - Syabas kepada Panitia Mat. Tambahan Maahad Saniah, Pasir Puteh kerana menaganjurkan seminar kecemerlangan. Tahniah kepada pelajar di atas kerjasama mengikuti seminar dengan berkesan. Kerjasama antara guru dan pelajar sebegini akan membuahkan hasil yang gemilang dalam SPM 2011 nanti. Saya telah dijemput sebagai penceramah, sedikit sebanyak berkongsi pengalaman dan mendedah beberapa kaedah untuk dikongsi bersama peserta. Tajuk yang telah dibincangkan pada hari ini ialah "Index Number". Kesempatan masa selama 2 jam setengah pada petang tadi, dapatlah sesi perkongsian ilmu ini membincangkan tajuk tersebut secara menyeluruh . Insya Allah kejayaan akan menjadi milik mereka yang sentiasa berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri

Friday, September 9, 2011

Seminar Kecemerlangan Mat. Tamb SMKA Wataniah, Machang

9 Sept 2011 - Tahniah kepada calon SPM yang mengambil mata pelajaran Mat. Tamb SMKA Wataniah di atas kerjasama mengikuti seminar kecemerlangan. Seminar ini dianjurkan oleh panitia sekolah mereka demi menempa kejayaan dalam peperiksaan percubaan dan SPM 2011 nanti.Saya telah dijemput sebagai penceramah, sedikit sebanyak berkongsi pengalaman dan mendedah beberapa kaedah untuk dikongsi bersama peserta. Tajuk yang telah dibincangkan pada hari ini ialah "Probability Distribution" dan "Solution of Triangle". Kesungguhan para pelajar dalam seminar pada hari ini sangat mengkagumkan saya, semoga anda semua akan menempa kejayaan dalam SPM 2011 nanti. Insya Allah

Friday, August 5, 2011

Kem Easy Math siri 2 (30-31 Julai 2011)

Terima kasih bebanyak kepada rakan Easy Math Johor kerana sudi datang ke daerah Machang bagi mengadakan kem siri ke2. Tumpuan berfokus kepada calon SPM 2011. Pihak kami berbesar hati dengan kehadiran sifu Cikgu Ishak dan Cikgu Sabri. Sepanjang kem ini saya dan isteri, Pn Noryati dijemput sama sebagai fasilitator. Kepada peserta kem sila tag gambar awak dlm FB saya. Good Luck for your SPM this year.

Friday, June 10, 2011

Bengkel Perkongsian Ilmu

8 June 2011(Rabu)
Satu bengkel perkongsian ilmu bersama pelajar ting. 5 SMK Kok Lanas telah diadakan di Kem Putra, Kg. Chengal, Ketereh. Perbincangan tajuk Vektor untuk memastikan pelajar mendapat markah penuh dalam soalan kertas 2. Tajuk ini sebenarnya tidak begitu susah jika cara penyelesaian dikupas satu persatu. Alhamdulillah kerjasama dan respon pelajar dalam majlis ini amat membanggakan saya. Pelajar lelaki juga menunjukkan minat dan perhatian. Satu usaha yang cemerlang pihak sekolah ke arah memastikan pelajar mendapat keputusan yang gemilang dan terbilang. Syabas SMK KL.

Tuesday, June 7, 2011

free counter
free counter

Simple Math Solution (SMS)



Selamat Datang ke Blog SMS




Kaedah penyelesain dalam Mat. Tamb cara mudah dan menyeronokkan....




Kelas Bimbingan dan Tuisyen




Bengkel Intensif Musim Cuti Persekolahan




Kem Final Touch sebelum SPM