Monday, July 30, 2012

Seminar Kecemerlangan Matematik Tambahan SMK Ayer Lanas 2012





Rabu, 18 Julai 2012. Alhamdulillah, satu majlis perkongsian ilmu bersama pelajar SMK Ayer Lanas, Jeli, Kelantan berjaya dilaksanakan atas keizinan dari Nya. Seterusnya jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah di atas jemputan saya sebagai penceramah dalam majlis tersebut bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar mereka. Peserta majlis ini turut dihadiri oleh pelajar tingkatan 4 selain daripada calon SPM 2012. Insya Allah kejayaan bakal menjadi milik anda nanti.

Saturday, July 14, 2012

Seminar Teknik Menjawab Maahad Amir Indra Petra, Bachok 2012





14 Julai 2012. Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah di atas jemputan saya sebagai penceramah bagi Majlis Perkongsian Ilmu bersama pelajar Maahad Amir Indra Petra, Bachok, Kelantan. Tahniah kepada guru matematik tambahan kerana hampir selesai silibus untuk memantapkan pelajarnya. Kehebatan pelajar pula teserlah semasa bengkel selama hampir 3 jam bermula jam 8.45 pg. Insya Allah saya doakan kejayaan untuk calon SPM 2012 Maahad Amir Indra Petra.
Seminar Teknik Menjawab Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas 2012



7 Julai 2012 . Majlis perkongsian ilmu bersama pelajar dan calon SPM 2012 dari MTS Nurul Aman Kok Lanas. Program ini mengambil masa selama 3 jam dari 8.30 pg - 11.30 pg. Walaupun agak lama berkat kesungguhan pelajar membuahkan hasil yang baik di mana dua tajuk dapat dibincangkan dari asas hingga bentuk soalan SPM. Tahniah kepada warga MTS Nurul Aman.

Tuesday, January 17, 2012

Kelas Tuisyen SMS @ PC Sesi 2012



Berapakah Markah Matematik Tambahan anda ?????
Adakah anda berpuas hati dengan pencapaian anda ?????
Jika anda mempunyai masalah dalam menyelesaikan soalan-soalan peperiksaan,
bolehlah sertai kami......




Kepada pelajar yang berminat untuk menyertai program Tuisyen Simple Math Solution.

PendaftaranKelas Tuisyen SMS Sesi 2012 dibuka sekarang. Anda bolehlah mendaftarkan diri kepada Sir Azam atau Teacher Nor. Sementara kekososongan masih ada.
Tempat adalah terhad. "First Come First Serve".


Kami menawarkan kelas/kem intensif topik-topik ting 4 (pada musim cuti sekolah Mac dan Jun 2012)

Serta Kem final touch seminggu atau dua minggu sebelum SPM 2012

Untuk pendaftaran.................
SMSkan Nama, Tingkatan dan Nama Sekolah
ke talian(013-7720025/24) beserta
kod Tuisyen utk Tuisyen
kod Intensif utk Kem Intensif Musim Cuti
Kod Final Touch utk Kem Final Touch
atau emailkan kpd azam.machang@gmail.com

Kami akan menghubungi anda
Untuk maklumat jadual, masa dan tarikh.

Wednesday, October 12, 2011

Seminar Pecutan Mat. Tamb. PPD Machang







12 Oktober, Tahniah kepada semua wakil pelajar dari setiap sekolah menengah daerah Machang yang terpilih untuk menyertai Seminar Pecutan Mat. Tamb. Program ini adalah anjuran PPD Machang bersama Majlis Guru Cemerlang daerah. Kerjasama yang mantap sebegini amat diperlukan dari masa ke semasa untuk melonjakkan prestasi SPM daerah Machang pada tahun 2011. Kepada peserta yang berminat untuk mengikuti Kem "Final Touch Add Math" sebelum SPM kertas Mat. Tamb. sila hubingi saya melalui email atau FB saya

Tuesday, September 13, 2011

Seminar Kecemerlangan Maahad Saniah, Pasir Puteh, Kelantan

13 Sept 2011 - Syabas kepada Panitia Mat. Tambahan Maahad Saniah, Pasir Puteh kerana menaganjurkan seminar kecemerlangan. Tahniah kepada pelajar di atas kerjasama mengikuti seminar dengan berkesan. Kerjasama antara guru dan pelajar sebegini akan membuahkan hasil yang gemilang dalam SPM 2011 nanti. Saya telah dijemput sebagai penceramah, sedikit sebanyak berkongsi pengalaman dan mendedah beberapa kaedah untuk dikongsi bersama peserta. Tajuk yang telah dibincangkan pada hari ini ialah "Index Number". Kesempatan masa selama 2 jam setengah pada petang tadi, dapatlah sesi perkongsian ilmu ini membincangkan tajuk tersebut secara menyeluruh . Insya Allah kejayaan akan menjadi milik mereka yang sentiasa berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri